Thursday, August 25, 2011

Ramadhan: The Month of Blessings



Assalamualaikum semua :) Today I wanna talk about Ramadhan. Tadi ada baca majalah Solusi isu 34 so tetiba lak terpikir nak tulis something kat blog yang masih kosong neh. Hope semua dapat apa yg nak disampaikan. :)


Muhasabah :Tiba-tiba…
 
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “Jika bulan Ramadhan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Mungkin berkat syaitan dirantai, maka ramai manusia berwajah iman.Topeng syaitan ditinggalkan seketika. Apabila mereka berwajahkan iman sepanjang Ramadhan, maka apa yang terjadi adalah ibadah mengejut.

Tiba-tiba ibadah digandakan… Tiba-tiba bangun qiamullail… Tiba-tiba tahap kesabaran meningkat… Tiba-tiba segala yang lagha semua ditinggalkan…


Dan macam-macam lagi… Okey, tidak mengapa seandainya ibadah sepanjang bulan Ramadhan dilakukan dengan mengejut. Tidak mengapa jika malaikat Raqib sibuk sedikit dan Atid pula tidak disibukkan untuk merekodkan amalan buruk seseorang. Alhamdulillah jika itu yang berlaku sepanjang Ramadhan. Namun, jangan ulangi kejutan berupa “tiba-tiba” itu seawal hari pertama “graduate” dari madrasah Ramadhan.

Tiba-tiba makan banyak… Tiba-tiba mendedahkan aurat… Tiba-tiba terlupa di mana al-Quran… Tiba-tiba meninggalkan amalan solat-solat sunat yang dikerjakan… Tiba-tiba memulakan kembali semua agenda lagha…
 

Apakah semua ini? Adakah ini satu perbuatan membalas dendam? Balas dendam kepada siapa pula ini? Tidak mengapa jika tiba-tiba mengerjakan ibadah seolah-olah esok sudah tiada. Namun ada sesuatu yang tidak patut jika tiba-tiba “bertanduk” sebaik takbir Syawal bergema. Koreksilah diri. Apa niat utama kita berpuasa sebulan? Adakah kerana sekadar ingin berpuasa dan focus kepada ibadah hanya dalam tempoh sebulan sahaja?  Apakah ibadah sepanjang bulan Ramadhan dapat menebus semua kealpaan kita daripada mengingati Allah selama sebelas bulan berbaki?  

So, mari lah kita renung2 kan & selamat beramal :p

0 comments:

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP